#5 untitled

"do you like him"
"Yes, i do", mudah sahaja bibir menutur kata kerana itulah hakikatnya. 
" Habis kenapa reject dia?" , Semua memandang dengan tatapan serious menunggu jawapan yang bakal keluar dari mulut.
" Susah la weyh", pandangan masih tak beralih, ada yang berkerut. 
"Apa yang susah just say yes. Macam kau cakap kat kiteorang", keluhan keluar dari dua bibir. 
"Cakap senang lah, banyak benda nak kena pertimbangkan lepas cakap yes tu", aku tak berapa gemar cakap pasal soal hati dan perasaan sebagai seorang perempuan yang complicated, dan aku rasa aku lebih complicated dari perempuan lain atas muka bumi ni.
"Okay, cuba cerita", 
"Macam ni, the moment aku cakap yes maknanya aku kena tengok ke depan. Banyak benda yang nak dilepaskan dan akan ada tanggungjawab baru yang bakal digalas", 
" Kira kau tak habis bersuka ria lagi la ni", sampuk si tijah. 
Mengeluh. Tidak pasti cerita ini akan sampai kemana. Awal awal lagi dah kena salah tafsir macam ni. 
"Bukan. Kau tahu kita tak muda lagi . Umur dah 20++ in few years jejak 30. Getting into relationship pada umur sekarang maknanya aku dah sedia untuk terima dia sebagai pasangan aku untuk 30, 50 tahun kedepan. Aku tak nak salah.", Air dihadapan dihirup. Kering tekak buat penerangan. 
"Jadi kau tak yakin la dia pilihan yang balik. Kau kenal dia kan, asal dia, background hidup dia. Kau sendiri yang kaji dulu masa kau start suka dia mula mula dulu",
Aduh, rasanya macam tak perlu ungkit betapa gigihnya aku dulu. 
" Aku tahu dia baik. Tapi aku ni ..." 
" Kau kenapa?" 
Mengeluh untuk kesekian kalinya. Terasa penat bila bercakap pasal hati dan perasaan. Penat otak fikir macam mana nak cerita supaya tidak disalah ditafsir. 
"Aku cerita tapi jangan salah tafsir dengan apa yang aku cakap" aku pandang semua yang ada dekat meja empat segi ni. Ada yang mengangkat kening sebagai tanda okay, ada yang mengangguk faham . 
"Pertamanya sebab dia anak sulung .." aku nampak dah ada yang berkerut, kalau mulut dibuka dia akan berkata " what?" Dengan nada tinggi. 
" Macam ni, aku anak sulung aku tahu tanggungjawab anak sulung. Besar tanggungjawab dia. Lagi lagi ayah dia dah tak ada. Dia ada mak yang dia nak kena jaga adik dia lagi. Kalau aku dengan dia, aku tak kan dapat sepenuh perhatian sebab dia masih kena jaga mak dia"
Lagi sekali aku dapat kerutan seribu dengan wajah yang berkata ' u better explain this further'. 
" see. Aku agak dah korang tak kan faham. Aku ni clingy, aku dapat rasa kalau kitaorang bersama aku hanya akan jadi beban untuk dia. Perempuan untuk dia adalah perempuan yang matang yang boleh tolong dia bukan jadi beban"
"Siapa kata kau tak matang? Kau boleh je kan urus hidup sendiri, kau boleh je kan bantu dia , dengar masalah dia , tolong dia" si siti mengeluarkan hujah.
"Itu apa yang korang nampak. Ada lagi other side of me yang korang tak tahu". 
Penat bercerita dengan orang yang tak pernah nampak keseluruhan hidup aku. 
"Okay, tak kan sebab tu je?"
Nampaknya ada yang masih mahu mendengar. 
" Sebab aku rasa kiteorang terlalu berbeza."
Kali ni mereka hanya diam . Tidak berkerut mahupun membuat muka. Mungkin faham . 
" Dia dan aku dibesarkan dengan cara yang berbeza, dia dibesarkan di kampung dia suka kan benda yang berkaitan alam, aku kontra aku lebih suka dibandar. Shopping mall, arts, museum itu yang aku suka"
"Aku rasa kau pun suka alam. U love sky so much right" si siti sekali lagi cuba menyampaikan hujah. 
" I do love sky. Aku paling suka warna oren langit saat matahari terbenam. Aku suka pergi ke pantai hanya untuk tengok betapa birunya langit. Aku suka langit yang dipenuhi bintang. Tapi hanya setakat itu. Dia suka aktiviti lasak. Dia suka mendaki dan tidur dihutan. Hobi dia dan aku terlalu berbeza". 
Aku meneguk air yang semakin kering. 
"Sambung .." si mat yang hanya mendengar kini bersuara. 
" Ni last. Sebab aku rasa aku tak layak untuk dia. Dia terlalu baik." 
Si siti ingin bersuara tapi di halang mat. Mat hanya menunjukkan isyarat teruskan . 
" korang tahu dia tu alim orangnya. Budak sekolah agama lagi dulu. 6 tahun belajar agama, aku dapat rasa dia mesti tak tinggal solat. Sebab itu dah sebati dengan diri dia. Aku ni solat pun tunggu hujung hujung, subuh pun kekadang pukul 7. Lelaki yang baik itu pasangannya perempuan yang baik. Aku tak cukup baik untuk dia."
Semua diam. Aku pun diam. 
" So conclusionnya, kau tak yakin dengan diri kau sendiri dan kau hanya nampak betapa baiknya. Sepanjang perbualan ni, tak ada satu pun yang buruk pasal dia. Kau sibuk cakap pasal buruknya kau. Memang patut kau reject dia" 
Semua memandang mat, nada mat dihujung sedikit keras. 
"kau sendiri tak yakin dengan diri kau sendiri. Hubungan tak akan berjalan dengan lancar kalau kau tak percaya diri kau sendiri. Dan aku rasa kau jugak tak yakin yang kau betul betul suka kan dia", Mat beredar dari meja empat segi tersebut,selepas dia membuat penggulungan hujah. Aku dan yang lain hanya memandang sepi kepergian dia kerana aku tahu sedikit sebanyak apa yang mat cakap tu ada betulnya.

CUT

Nota kaki : when i wrote this i have someone in my mind. Sesungguhnya pun begitu cerita ini tiada kena mengena dengan dunia realiti ia hanyalah the random things i write. 

Comments

Popular posts from this blog

#4 HIGHLIGHT OF 2017

#7 What i really need?

#6 That Sad Looking Guy